Monday 31 December 2012

Penambahbaikan Bahan RPH yang lalu

Saya telah membuat penambahbaikkan kepada bahan RPH yang telah saya masukkan dalam blog saya sebelum ini.... bagi mereka yang telah mendownload bahan yang lalu...anda boleh mendownload lagi bahan terkini ini... kerana saya telah memasukkan EMK dengan lebih detail dalam RPH baru saya... dan bagi bagi bahasa arab ada penambahan beberapa ruangan baru yang perlu dimasukkan dalam RPH anda nanti ok....
bagi EMK bahasa arab... saya tak mampu untuk mengubahnya dalam bahasa arab...siapa yang mampu boleh edit sendiri di ruangan data......ok TQ

BAHAN TERKINI RPH BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN ISLAM 2013

Friday 28 December 2012

RPH Pendidikan Islam Tahun 3 KSSR 2013

Alhamdulillah saya dapat siapkan satu lagi bahan untuk dikongsi bersama... bahan ni taklah menarik tapi mudahan ianya dapat memudahkan... semua rakan yang berminat menggunakannya silakanlah.... ia sebenarnya boleh diedit atau ditambah jika rakan-rakan rase perlu buat begitu... seandainya rakan-rakan ingin memberikan pendapat silakan... sama-sama kita memperbaikinya....

RPH Pendidikan Islam Tahun 3 KSSR 2013

Sunday 9 December 2012

RPH Pendidikan Islam Tahun 1 Sepanjang Tahun

Alhamdulillah.... sebelum ni saya dah masukkan bahan RPH Pendidikan Islam tahun 2 sepanjang tahun... hari ini saya telah selesai menyiapkan dan membina bahan RPH pendidikan Islam Tahun 1 bagi sepanjang tahun mengikut format KSSR.... namun begitu seandainya terdapat kesilapan bolehlah sama2 kita bincangkan agar boleh diperbaiki dan diperbetulkan.... saya mengharapkan ia sama-sama dapat digunakan dengan sebaik yang mungkin...

RPH Pendidikan Islam Tahun 1 Sepanjang Tahun

Monday 3 December 2012

RPH Pendidikan Islam Tahun 2 Sepanjang Tahun

Bahan ini saya bina menggunakan excel... saya baru sahaja siap membinanya.... ia hanya perlu klik sahaja ke petak-petak yang telah disediakan. untuk yang takda nak klik-klik tu....silalah buat sendiri ye... sekiranya ada kesilapan dalam RPH ini sama-samalah kita perbetulkan ok....maklumkan kepada saya atau beri komen.... bagi siapa yang tak paham boleh bertanya...ok... mudahan ia dapat sama2 membantu kita semua...

RPH Pendidikan Islam Tahun 2 Sepanjang Tahun

Saturday 1 December 2012

RPH tahun 3 sesi 2013

RPH main klik-klik je.... mudahan memudahkan tugas guru nak buat RPH.... bahan ini memudahkan tapi jdn dipermudah-mudahkan... ok.... diharap bahagian isi kandungan.... tolonglah ubah ikut perancangan RPT yang telah dibuat mengikut takwim.... Selamat mencuba dan selamat berjaya...

RPH tahun 3 sesi 2013

Contoh minit mesyuarat mengikut SPSK

Saya ingin perkongsikan contoh surat panggilan mesyuarat dan minit mesyuarat mengikut SPSK.... harap-harap contoh ini adalah betul... ok... terutama kepada panitia bahasa arab..


 CONTOH SURAT PANGGILAN DAN MINIT MESYUARAT