Thursday 29 November 2012

Contoh RPH sepanjang tahun Menggunakan Excel

RPH ini adalah kepunyaan saya sepanjang setahun mengajar iaitu 2012. semuanya tersimpan dalam hanya satu fail excel sahaja... alangkah mudahkan...tapi kadang2 tu pun masih malas lagi nak buat... hey....  kalau boleh jgn comment yng salahnya ye....saya tahu kadang-kadang ada salah buat... tetapi apa yang saya nak tunjukkan adalah betapa mudahnya gunakan sistem ini.... lebih2 lagi di zaman KSSR ini.... insyaallah saya akan masukkan sistem RPH yang hanya klik2 je.... dan dari situ saya copy RPH tadi dan masukkan dalam hanya satu fail excel sahaja... mudahan cikgu tak malas lagi nak buat RPH...ok.... walau bagaimanapun saya nak ingatkan... untuk RPT semua guru kena buat sendiri mengikut takwim sekolah ok....

Contoh RPH sepanjang tahun Menggunakan Excel

Modul Transisi Bahasa Arab Tahun 1

Bagi semua guru bahasa arab, perlu diingat berkaitan dengan modul transisi tahun satu yang perlu dijalankan selama 4 minggu.... jika transisi biasa hanya dijalankan selama seminggu tetapi untuk bahasa arab perlu diingat kita perlu menjalankannya selama 4 minggu.... 2minggu pertama guru perlu menyanyi bersama murid... 2 minggu lagi guru perlu menunjuk murut tentang cara menulis dengan betul atau teknik penulisan yang betul serta mempunyai lembaran kerja yang perlu diselesaikan oleh murid... untuk maklumat lanjut sila download modul ini....

Modul Transisi Bahasa Arab Tahun 1

Sunday 18 November 2012

Bahan-bahan panduan KBS tahun 1 hingga 6

Merujuk kepada Buku Panduan Kem Bestari Solat (j-QAF) untuk tahun 1 hingga tahun 6.... saya telah menyenaraikan panduan-panduan dan skima setiap LDK yang patut dilaksanakan oleh semua guru j-QAF dari tahun 1 sehingga tahun bagi sepanjang dan setiap tahun...... saya mengharapkan ia dapat membantu semua guru j-QAF dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan lebih baik dan lebih mudah serta senang untuk membuat kertas kerja dan laporan setiap KBS yang dijalankan........ walaubagaimanapun saya meminta semua guru j-QAF dapat merancang terlebih dahulu takwim pelaksanaan KBS sebnyak 4 kali setahun dengan lebih teliti agar tiada kem yang akan tercicir..... semoga berjaya....

Bahan Analisa Bahasa Arab Kertas 1 dan 2

Buat rakan-rakan jqaf yang rase memerlukan bahan ini sila untuk gunakannya .....ia penting untuk dimasukkan di dalam fail panitia pada bahagian Analisa Peperiksaan... saya telah cube membinanya mengikut format terkini peperiksaan bahasa arab sekolah rendah... iaitu berformatkan kertas 1 dan kertas 2 bagi tahun 4, 5 dan 6 akan datang... atau bagi tahun 3 sesi 2012.... mudahan ianya dapat membantu....

- Bahan Analisa Bahasa Arab Kertas 1 dan 2